This post has already been read 1643 times!

Daging perap halia digoreng sedap dimakan bersama nasi atau diratah ratah sahaja.

Harga sepinggan daging masak halia dikedai sekitar RM10-RM15.  Daging kotak digunakan dan jarang sekali boleh jumpa daging halia menggunakan daging segar.

Menu ini tidak menggunakan gula pasir atau kicap dan minyak bijan bagi mengelakkan toksik memasuki usus dan memudaratkan kesihatan.

Berikut cara perap daging dengan halia

1. Potong daging, buat segi empat tepat dulu kemudian hiris nipis mengiring.

2. Perap daging dengan kicap keto, sos tiram keto, lada hitam, halia cincang, sedikit garam Himalaya, minyak sawit atau minyak kelapa. Pengguna minyak bijan, gula dan kicap cair dielakkan kerana berpotensi menghasilkan toksik dalam badan.

3. Pengguna tepung gandum organik bagi menjamin kesihatan pemakan.

Campurkan kicap keto sedikit air bersama hirisan halia, bawang merah dan juga potongan kacang panjang dan goreng sekejap.

5.Masukkan daging yang telah diperap dan goreng sehingga empuk.

7. Kemudian, masukkan bawang halia dan daun bawang atau daun sup untuk menambah bau masakan.

8. Masukkan sedikit perasa cendawan organik gaul sama rata.

9. Masakan sedia untuk dihidangkan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Ayam goreng sangat popular di Malaysia
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay