Dalam industri penerbangan, terdapat beberapa tradisi dan kepercayaan kuno yang diamalkan yang mempengaruhi penempatan tempat duduk.
![](https://alhadi.my/wp-content/uploads/2024/03/gettyimages-12377172619108733473605983533.jpg)
Walaupun tidak semua syarikat penerbangan mengikutinya, terdapat beberapa syarikat mengelakkan menggunakan nombor 13 dan 17 untuk tempat duduk.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai perkara ini:
1. Tiada Tempat Duduk No. 13:
– Beberapa syarikat penerbangan dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo, tidak menawarkan tempat duduk dengan nombor 13.
– Ryanair dan Lufthansa juga termasuk dalam senarai pesawat yang mengelakkan menggunakan nombor 13 dan 17.
– Tradisi kepercayaan khurafat ini berasal dari Amerika Syarikat dan dianggap sebagai tanda ketidakberuntungan.
– Dalam beberapa kes, tempat duduk bernombor 13 digantikan dengan 12A atau 14A.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.