KUCHING: Cadangan membina Kepulauan kereta api berkelajuan tinggi di Borneo sepanjang 1,620 kilometer, sekali gus mempermudahkan perhubungan antara negara dalam pulau tersebut.
Ketika mengumumkan perkara itu, Brunergy Utama Sdn Bhd sebuah syarikat dari negara Brunei secara rasminya berkata projek Trans Borneo Railway TBR tersebut akan dibina dalam dua fasa, membabitkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.
Katanya, fasa pertama projek menyasar untuk menghubungkan bandar kuasa ekonomi di pesisir Barat yang bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.
“Laluan bagi fasa pertama itu melalui Kota Kinabalu, Kimanis/Papar, Beaufort, Sipitang, Lawas, Bangar, Limbang, Bukit Panggal, Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching, Sambas, Singgawang, Mempawah dan Pontianak”
Fasa kedua akan menelusuri Utara dan Timur Kalimantan yang menghubungkan laluan utama dengan bandar besar Borneo iaitu Samarinda dan kemudiannya dengan ibu negara Indonesia iaitu Nusantara.
Laluan tersebut merangkumi Bukit Panggal, Long Seridan, Ba’kelalan, Long Bawan, Malinau, Tanjung Selor, Tandjungredeb, Pengadan, Lubuk Tutung, Bontang, Samarinda dan Balikpapan.
TBR akan mempunyai empat terminal yang menjadi hab utama kepada pengangkutan massa, bersama dengan 24 stesen serata pulau.
Jajaran fasa 1 dan fasa 2 akan bersambung dengan Daerah Tutong di Brunei yang menjadi hab pusat untuk TBR.
Syarikat itu memberitahu, purata jarak antara stesen adalah 150 kilometer dengan kadar kelajuan kereta api laju antara 300 hingga 350 kilometer sejam (km/j) dengan masa purata setiap perjalanan 30 minit.
Brunergy Utama Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh negara Brunei yang menfokuskan kepada pembinaan projek infrastruktur utama untuk memacu pertumbuhan ke hadapan di Borneo.
Ditubuhkan pada 21 Oktober 2013, Brunergy pada mulanya dikenali sebagai Mumin Energy (B) Sdn Bhd, yang khususnya beroperasi dalam sektor minyak dan gas.
Setahun kemudian, pengasas Danny Chong dan Khalid Abdul Mumin menyelaraskan semula misi syarikat untuk menumpukan kepada sistem penghantaran pengangkutan massa bagi Brunei dan negara jiran Malaysia, dengan menamakan semula syarikat itu pada 5 Ogos 2014 kepada Brunergy Utama (B) Sdn Bhd.
Kedua-dua pengasas itu kemudian menjalankan kerja-kerja asas dan penyelidikan yang berat mengenai kebolehlaksanaan rangkaian penghantaran pengangkutan massa ke wilayah tempatan.
Sumber: Facebook suara Sarawak
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.