BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500: Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) akan disalurkan ke akaun bank secara berperingkat di seluruh negara bermula pada hari ini, 5/4/2024.
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2024 Seperti yang kita semua ketahui, pada awal minggu ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) untuk perkhidmatan awam Malaysia.
Program bantuan raya ini akan diagihkan pada kadar RM500 dan RM250 mengikut kategori penerima.
Tujuan utama pemberian bantuan atau bonus raya ini adalah untuk menghargai jasa serta pengorbanan badan penjawat awam kepada masyarakat.
Pengagihan sedang disalurkan secara berperingkat di seluruh negara.
SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024 RM500 akan diberikan kepada: Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April.
Pegawai lantikan Contract of Service (COS). Pegawai sambilan harian dan Pegawai lantikan MySTEP.
RM250 akan diberikan kepada: -Pesara kerajaan,
-Veteran berpencen.
-Veteran tidak berpencen.
Selain itu, BKKA 2024 juga layak diterima oleh:
-Pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh,
-Pegawai yang bercuti separuh gaji,
-Pegawai yang bercuti tanpa gaji,
-Pegawai yang dipinjamkan ke agensi lain, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya.
Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai tersebut.
Berdasarkan kenyataannya, BKKA 2024 juga akan diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih dalam perkhidmatan pada 5 April dan dilantik sebelum tarikh tersebut.
Di samping itu, BKKA 2024 juga boleh diterima oleh:
-Guru interim
-Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang memenuhi syarat, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan mereka.
-Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh anggota pentadbiran, hakim, dan pesuruhjaya kehakiman.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 5/4/2024
Kumpulan pegawai yang tidak layak menerima bayaran BKKA 2024:
-Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf.
-Pegawai yang memangku, dipinjam, atau ditukar sementara.
-Pegawai dengan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.