[Video] Keretapi Bangladesh paling sesak didunia semasa Aidilfitri

This post has already been read 3465 times!



Kereta api di Bangladesh semasa perayaan Aidilfitri terkenal dengan kesesakan yang luar biasa. Setiap kali Aidil Fitri, sejumlah 16 juta penumpang  bergerak pulang ke kampung halaman menggunakan keretapi, pasti  kesesakan akan berlaku.

Bumbung keretapi sarat dengan penumpang

Ia adalah masa apabila ramai orang pulang ke kampung halaman mereka untuk meraikan hari raya bersama keluarga, dan kereta api akan menjadi sangat sesak sehingga penumpang sering dilihat menaiki bumbung dan tergantung di tepi.

Seminggu sebelum sambutan Aidilfitri  beribu-ribu penumpang di bandar berpusu-pusu menaiki keretapi sehingga sebahagian memanjat bumbung, bergayut di Lokomotif .

Ini adalah suasana jarang ditemui ditempat lain apabila menjelang sambutan Aidilfitri. Masing-masing teruja untuk pulang ke kampung bagi merayakan hari istimewa bersama orang tersayang.

Penuh Sarat dengan penumpang
Orang ramai berpusu-pusu menaiki keretapi untuk balik ke kampung

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Dasar gaji minimum rm1500 perlu semakan semula.