Merindui Raya era tahun 70 dan 80

This post has already been read 3227 times!

Mengapa suasana Hari Raya era 70 an dan 80 an terlalu meriah?

1) Generasi dahulu menjadikan malam 7 likur sebagai malam pra perayaan yg terindah.

2) Riuh rendah kanak-kanak bermain meriam buloh  sambil meronda-ronda dikawasan kampung pada waktu malam.

Keseronokan Meriam buloh

3) Lampu pelita minyak tanah menghiasi setiap laman rumah di kampung.

4) Majoriti orang dahulu membeli ” baju baru dan kasut baru”  setahun sekali.

5) 90% kelengkapan rumah dihiasi dgn barangan serba baru.

6) Bahkan rumah-rumah pun diselimuti dengan cat baru.

Suasana ziarah pagi raya dari warga setempat



7) Kebanyakkan orang di penghujung ramadhan akan menunggu kedatangan posmen untuk menerima kad kad ucapan hari raya.

8) Rancangan di TV & radio yg bertemakan hari raya secara langsung.

9) 100% kueh raya dibuat sendiri dan  tiada istilah kueh tunjuk.

10) Kanak-kanak berpakaian baru  berhari raya akan singgah disetiap rumah untuk makan dan minum.

11) Lagu raya raya berkumandang di corong radio 4-5 hari sebelum menjelangnya hari raya.

12) Para Ibu mula sibuk menyediakan kelengkapan masakan

13) Kedai-Kedai cina di pekan kecil akan menghiasi kedai mereka  dengan tema hari raya juga.

14) Beramah mesra sesama sanak saudara ( tiada smartphone).

15) Ini kerana tiada alat komunikasi yang boleh menghubungi saudara mara dan kawan-kawan secara live 24 jam.

16) Melaram dihari raya merupakan acara yg ditunggu setahun sekali.

17) Pagi raya berkumandang takbir raya yang menyegarkan suasana.

18) para Ibu sibuk di dapur menyediakan juadah pagi raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

19) Paling menyeronokkan sehari sebelum hari raya,anak anak membantu ibubapa mengemas kawasan rumah sambil aktiviti  membakar lemang dan masak ketupat.

Baca Juga   Penetapan Hari Raya  Aidilfitri 2024

20) Para Bapa dengan daun palas membungkus ketupat untuk persediaan hari lebaran

Kemuncak Takbir Raya yang menyegar suasana
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.