Warna Warni Balik kampung berhari raya

This post has already been read 3969 times!

Sambutan Raya Aidilfitri 2024 bakal menjelang beberapa hari lagi. Berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan menuju destinasi Utara, Selatan,Timur dan Barat.

Botol berisi air kencing dibuang dibahu jalan LTU Kuala Lipis

Berdasarkan rekod beberapa tahun, didapati perantau dari Kelantan dikenal pasti gemar membuang sampah disepanjang Jalan Lingkaran Tengah CSR yang menghubungkan Bentong ke Gua Senario melontar sampah dibahu jalan seolah-olah melontar di jamrah.

Sampah seperti plastik, polisterin dan botol dan tin air minuman paling banyak dibuang pengguna jalan raya di LTU.

Terima Kasih pengguna jalan Kuala Slim kerana menjaga kebersihan
Berbeza Jalan di Pantai Barat tiada sampah dibahu jalan

Sasaran perantau Kelantan membuang sampah ialah di Jamratul Bentong, Jamratul Raub, Jamratul Padang Tengku Lipis dan Jamratul Merapoh sebelum memasuki Gua Musang Kelantan.

Anihnya mereka tidak membuang sampah di dalam negeri Kelantan.

Pemandangan di Jamratul Padang Tengku lokasi melontar sampah oleh perantau
Masih bertimbun sampah walaupun dikecam hebat
Kesesakan di Tol setiap kali perayaan

Kenaikan cukai dan lonjakan harga barangan makanan khususnya kedai makanan dilihat tidak merencatkan kepulangan perantau ke kampung halaman.

Exit CSR-Raub

Semoga seluruh warga Malaysia dapat berhari raya dengan gemilang bersama keluarga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Geely pamerkan Panda Knight EV mini serba elektrik pada harga RM35,000