This post has already been read 451 times!
Pesawat Beechcraft 390 Premier yang terhempas pada 17 Ogos 2023 merupakan tragedi udara kedua di Elmina Selangor.
Kali pertama pesawat terhempas di kawasan itu, terjadi pada 27 September 1977 yang mengorbankan 34 orang di dalam tragedi Japan Airlines Flight 715.
Kejadian berkenaan meragut nyawa 26 penumpang dan 8 anak kapal.
Japan Airlines Flight 715 terhempas ke sebuah bukit yang ketika itu merupakan ladang getah Elmina.
Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.
Kawalan trafik udara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah memberitahu Juruterbang Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.
Pesawat itu didapati terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, ia terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang.
Siasatan mendapati kemalangan berkenaan berpunca dari pesawat terbang di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang.
Pegawai pertama tidak mempersoalkan kapten penerbangan tidak mematuhi peraturan altitud minima yang ditetapkan.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.