Proses penukaran nama terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pemeriksaan PUSPAKOM dan Permohonan melalui aplikasi MySikap.

Bahagian 1. Buat pemeriksaan di Puspakom. Pemilik asal atau pemilik baru kenderaan perlu hadir ke Puspakom untuk lakukan pemeriksaan kenderaan.

Jika ingin proses pemeriksaan kenderaan berjalan dengan lancar, sila pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30.00 Sila bawa kad pendaftaran kenderaan (asal)/ sijil pemilikan kenderaan (VOC)

Sila kunjungi link ini: https://www.mypuspakom.com.my/ untuk lakukan temujanji pemeriksaan di Puspakom.

Bahagian 2. Permohonan tukar nama menggunakan aplikasi MySikap.

Caranya mudah sahaja seperti berikut:

1. Daftar dahulu akaun MySikap jika belum ada – Jika anda belum memiliki akaun MySikap, sila daftarkan dahulu akaun anda seperti rajah di bawah:

2. Sekiranya anda sudah memiliki akaun MySikap, anda boleh melangkau langkah 1 di atas dan teruskan dengan langkah-langkah di bawah ini:

3.  Pemilik lama Log masuk portal MySikap Klik pada tab ‘Kenderaan’ Klik pada pilihan ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan’ (Pemilik Berdaftar)

4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan Klik butang ‘Teruskan’

5. Masukkan nombor kad pengenalan dan email pendaftar pemilik baharu dan klik butang ‘Seterusnya’

Cetak resit sebagai rujukan dan selesai.

6. Pemilik baru kenderaan Log masuk portal MySikap

7. Pilih tab ‘Kenderaan’ di halaman utama.

8. Pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan’ (Pemilik Baharu)

9. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan klik ‘Seterusnya’

10. Pengisytiharan kenderaan – Pilih Semenanjung, kemudian klik ‘Setuju’ Sahkan maklumat dan kemudian klik ‘Teruskan’

11. Cetak resit dan bawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk proses seterusnya

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada