Ini cerita aku bekas penghuni rumah besi

This post has already been read 1908 times!

Serba sedikit tentang aku, aku seorang lelaki, berusia lingkungan 30-an, pernah
bekerja di sebuah pasar raya di Kluang sebagai kashier. 

Aku tinggal bersama ibubapa di batu pahat, aku  berulang alih antara dua daerah hampir
setiap hari dan ini membuatkan aku penat, letih dan kewangan aku tak stabil.

Ini juga menjadi punca aku menghuni rumah besi selama hampir setahun.

Dom dihuni 100 banduan

6 januari 2023 tarikh aku secara sukarela serah diri di balai polis kerana jenayah yang aku buat.

Sejak dari tarikh tu aku tidak tahu lagi apa yang berlaku di luar rumah  besi yang aku huni.

Dipendekkan cerita aku disabitkan atas kesalahan yang sememangnya aku buat.

Sebelum dibawa ke penjara satelit di Ledang, aku sempat bertemu depan mata dengan keluarga, air mata tu jangan tanyalah, berjujuran bila aku tengok semua keluarga aku ada di depan mata, 

Sebaik tiba di penjara dan selepas proses pendaftaran,
aku bersama banduan lain diberikan barang keperluan yang seadanya, dapat satu
koleh, satu selimut dan satu persalinan putih, kami semua ditempatkan di sebuah dom yang memuatkan hampir 100 orang.


Bayangkan keadaan toilet yang
tak ada pintu, tidur tanpa alas hanya beralaskan mozek dan makanan yang dijatuh, aku rasa macam nak nangis pun ada.

Aktiviti kami setiap hari bangun pagi untuk solat subuh, selepas berbaris  perhimpunan pagi, kemudian sarapan, lepas sarapan tu ikutlah nak buat apa, nak tidur ke apa ke terpulang, asalkan jangan buat huru-hara , cctv berlambak sampai dalam toilet pun ada, nak buang air pun rasa seperti diperhatikan.

Pukul 11 pagi jadual makan tengah hari  , semua banduan beratur ambil makanan.

Baca Juga   KASUT TAKTIKAL PERANG!

Kemudian bersiap sedia  solat zohor.

Makan malam pula diberi pada pukul 4:30 petang kemudian solat asar. Kemudian siap sedia solat maghrib dan isyak.

Perbarisan malam lebih kurang pukul 9 malam sebelum semua diarahkan tidur.

Tidur dengan lampu terpasang 24 jam  berbantalkan  koleh.
Malam di Ledang sangat sejuk menyucuk nyucuk sendi. Tidur beralaskan mozek yang sangat sejuk.


Baju pula sepasang sahaja. Nadiv baik sepasang, kalau tak ada langsung lagi azab.

Itu lah baju ubtuk dipakai sehingga dibebaskan.

Nak basuh baju pun kena cari hari panas supaya cepat kering. Kadang pakai sahaja berminggu minggu.


Makanan pula seorang
akan dapat sebungkus nasi campur  dengan  sayur, ikan ataupun ayam yang tak ada rasa.

Sehari dua kali aku makan ikut diet penjara. Tak perlu cerita rasa manis atau masin, dapat makan pun syukur dah.

Hidangan buah sepotong buah sama ada jambu batu atau pisang.  Air pula hanya sarapan
dapat air teh “o” atau kopi “o” tanpa gula. Aku rasa ini diet sihat. Walaupun makan dengan diet penjara, aku tengok banduan sihat, tiada yang obes, darah tinggi atau lain lain makhluk penyakit metabolik.

Air bertapis boleh diperolehi di pili yang disediakan.

Ada juga berlaku pergaduhan berebut makanan. Akibatnya kena hukuman.

Ada ketika diberi bubur nasi dan bubur kacang juga. Bubur tak ada rasa masin manis. Aku ada terdengar doktor doktor bercakap diet di penjara menyihatkan badan sebab makanan tidak dicampur perasa pelbagai seperti diluar.

Aku tak kisah janji dapat hilangkan rasa lapar tu pun dah cukup.


Sekadar itu sahaja untuk kali ini
kalau ada masa terluang nanti aku nak sambung lagilah cerita hirup pikuk di rumah  besi,

dari Amri  (bukan nama sebenar)

Penafian
Baca Juga   Hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.