Polis Cari 3 Lelaki bakar anak kucing di Kajang

This post has already been read 2322 times!

Selama ini kita dengar bakar kucing di luar negara. Pada 22 April 2024 sekitar jam 2.00 petang seekor anak kucing dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan tiga orang lelaki hingga menyebabkan kecederaan parah kucing. Seorang pelaku tukang bakar melakukan tugas kejam tersebut disaksikan dua rakan lainnya yang merupakan salah seorang adalah remaja bawah umur.

Rakaman CCTV menunjukkan salah seorang terlibat

Kejadian berlaku di tempat letak motor Flat Seri Kenari, Kajang Selangor adalah pertama melibatkan pembakaran kucing hidup-hidup di negara ini.

Sementara itu polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal flat Seri Kenari Sungai Ramal Baru Kajang Selangor.

Ketua Polis daerah Kajang ACP Muhammad Zahid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup CCTV di lokasi berkenaan. Mohamad Zahid berkata pada 10:51 pagi isnin, pengadu seorang wanita berusia 63 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menerusi rakaman berkenaan, dua daripada tiga lelaki yang sedang melepak di tempat letak motosikal telah menyimbah bahan bakar ke badan anak kuching tersebut, sebelum menyalakan api, ketiga-tiga mereka kemudian hanya melihat anak kucing itu berlari dalam keadaan badan terbakar.

Menurut Muhammad Zahid seorang penduduk di flat berkenaan kemudian terlihat anak kucing itu yang berlari dalam keadaan terbakar dan kemudian mencurahkan air sebelum memberitahu kepada pengadu. Pengadu kemudian mencari anak kucing itu di sekitar kawasan flat dan menjumpainya dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke sebuah klinik Haiwan swasta di Ampang dan kini dirawat akibat melecur tahap dua.

Anak kucing berkenaan kini ditempatkan di sebuah klinik veterinar dan kucing itu dianggarkan baru berusia 6 minggu dengan berat 300 gram.

Baca Juga   Lebuhraya mesra ekosistem sihat

Beliau berkata pihak polis telah mengenal pasti tiga lelaki berkenaan dan sedang giat mengesan mereka yang terlibat.

Kes disiasat Seksyen 428 kanun keseksaan kerana melakukan khianat kepada binatang dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.