Keperwiraan Sarjan Hassan terima pingat dari Ratu Elizabeth II

This post has already been read 1615 times!

Hari ini 30/4/2024, Genap 33 tahun , Sarjan Hassan meninggal kita. Hassan bin Othman lahir pada 15 Februari 1927 di Kg. Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Di usia 17 tahun, beliau mengahwini gadis sekampungnya, Siti Zabedah Ali. Menyara hidup dengan kerja kampung, sambil itu beliau terlibat dalam aktiviti menentang komunis.

Namun kegiatannya diketahui komunis, lalu isterinya yang sarat hamil bersama ibu mentua & anak saudaranya dibunuh serta rumah mereka dibakar.

Tragedi itu yang mendorong Hassan untuk menyertai Rejimen Askar Melayu (RAM) pada 1946. Tamat rekrut di Port Dickson pada 1947, Hassan diserap masuk ke Batalion Pertama RAM.

Tahun berikutnya beliau dilantik sebagai Lans Koperal, kemudian dipindahkan ke Batalion Ke-4 pada 1949 & dinaikkan pangkat menjadi Koperal pada 1950.

2 tahun kemudian, beliau meraih pangkat Sarjan & melapor diri ke pangkalan Batalion Ke-4 RAM di Mentakab, Pahang.

Di situ, beliau ditugaskan untuk mengetuai pasukan rondaan berkekuatan 9 anggota mengawal kawasan sekitar Triang.

Kecemerlangan & keberaniannya mendepani komunis dianugerahkan Military Medal (MM) daripada Ratu Elizabeth II melalui London Gazette pada 1954.

Beliau turut dikurniakan General Services Medal & Mention in Despatches daripada British.

Hassan ditauliah pangkat Leftenan Muda Batalion Ke-5 RAM pada 1957.

Tahun itu juga, beliau terlibat dalam gerakan mematahkan cubaan lebih 400 komunis di WaterFall Estate, Rawang, Selangor untuk mensabotaj pengisytiharan kemerdekaan negara.

Beliau bersara pada 1967 dengan pangkat terakhir sebagai Kapten.

Pada 30 April 1991, Hassan menghembuskan nafas terakhir di usia 63 tahun akibat sakit jantung di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban & disemadikan di Makam Haji Said, Seremban.

Baca Juga   Tragedi Pulau Bidong, Kisah Pelarian Vietnam 'Besar Kepala'

Kisah keperwiraan Hassan dipercayai menjadi inspirasi kepada filem “Sergeant Hassan” (1958) yang dibintangi Tan Sri P. Ramlee.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.