(VIDEO) Perkara itu disahkan oleh Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN,

Peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “KARAOK” keluaran ROKETSAN

Chumur Murat Boz berkata dengan penghantaran “KARAOK” pada 2026 itu akan menjadikan Malaysia negara luar Turkiye yang pertama menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana keluaran ROKETSAN itu.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula menerima sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “KARAOK” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Turkiye, ROKETSAN bermula pada awal tahun 2026..

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Chumur Murat Boz yang berkata dengan penghantaran “KARAOK” pada 2026 itu akan menjadikan Malaysia negara luar Turkiye yang pertama menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana keluaran ROKETSAN itu.

Pada ketika ini, sistem peluru berpandu jarak sederhana “KARAOK” itu turut digunakan oleh tentera Turkiye.

“Terdapat permintaan besar untuk sistem antikereta kebal mudah alih dan pertahanan udara di seluruh dunia.

Malaysia akan menjadi penghantaran pertama kami untuk KARAOK.

“Tahun lepas kami menandatangani kontrak dan mengikut kontrak itu, ia akan dihantar pada awal 2026. Kami tidak melihat ATM sebagai pelanggan tetapi sebagai rakan strategik kami…kami ingin menambah nilai serta menyumbang kepada keselamatan dan kedaulatan Malaysia serta angkatan tenteranya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada agensi berita nasional Berrnama, pada DSA & NATSEC 2024 yang baru sahaja berakhir baru-baru ini.

ROKETSAN menurut beliau akan menyediakan program latihan intensif kepada anggota ATM sebelum penghantaran KARAOK.

“Kami juga akan menyediakan latihan untuk jurulatih supaya mereka dapat melatih jurulatih seterusnya,” katanya sambil menambah ia akan dijalankan secara simulator dan latihan dunia sebenar. Selain mod “fire and forget”, peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” juga adalah sistem yang berkemampuan membedil secara langsung (direct) serta “top attack” (bahagian atas) kereta kebal yang dketahui memiliki ketahanan armor yang rendah.

Kaedah “top attack” itu memastikan “KARAOK” berkemampuan memusnahkan hampir kesemua kereta kebal utama yang beroperasi pada ketika ini.

Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Chumur Murat Boz Peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” juga dikenali sebagai peluru berpandu yang mempunyai kemampuan yang hampir sama dengan peluru berpandu FGM-148 “Javelin”.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” adalah berkaliber 125mm mampu membedil sasaran di antara jarak di antara 2.5km hingga 4km dan juga dilengkapi dengan sistem panduan Imaging Infrared Seeker serta peledak armor piercing tandem warhead.

Komponen bagi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “KARAOK” itu terdiri daripada Command Launch Unit (CLU) yang boleh dipakai berulang-kali sama seperti sistem Javelin dan peluru berpandunya.

Pemilihan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal daripada Turkiye itu menyusuli tender Kementerian Pertahanan Malaysia yang diiklankan pada Mac lalu untuk memperolehi 18 buah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana. Tender itu juga termasuk simulator dalaman, simulator luaran dan pelbagai peralatan ujian. — DSA

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada