1 min read

Baru kenal sehari sudah main kasar dengan anak dara orang

This post has already been read 2070 times!

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

31 Mei 2024 Seorang pelajar lelaki di sebuah Institut Kemahiran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Melaka atas tuduhan mencemarkan maruah dan mencederakan rakan wanita yang baru dikenalinya sehari lalu.

Tertuduh, Muhamad Akmal Nordin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Shada Shinha Mohamad Sulaiman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan lucah melampau terhadap seorang wanita berusia 21 tahun dengan menarik mangsa secara paksa untuk menghisap kemaluannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika berada di dalam sebuah kereta di kawasan jalan Ayer Keroh Lama antara 10 malam dan 12:30 pagi pada 15 April 2024.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dijalankan mengikut seksyen 377D Kanun Keseksaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita berumur 21 tahun pada tarikh, masa dan tempat yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Roslan menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan dia masih belajar dan akan dijamin bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Roslan menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM4,500 berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 16 Julai 2024 untuk serahan dokumen serta melantik peguam.

Penafian
Baca Juga   Keperwiraan Sarjan Hassan terima pingat dari Ratu Elizabeth II

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.