Cerita dari Mahkamah – Pengawal keselamatan dihukum mati kesalahan Rogol dan Bunuh Timbalan Pengarah Veterinar Perak tahun 2011

Niat asal Syahmie Hassan 25 tahun seorang pengawal keselamatan pecah masuk ke unit pangsapuri Dr. Rohani Kasim 38, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak pada 3 Ogos 2011, hanya untuk mencuri barang berharga.
Dia bertindak memotong pintu jeriji untuk masuk ke dalam rumah. Sebaik berjaya memecah masuk, dia menuju ke bilik mangsa dan terus menyelongkar almari namun gagal menemui barangan berharga.
Syahmie Hassan kemudiannya melakukan onani didalam rumah mangsa. Pada ketika itu, Syahmie Hassan terdengar bunyi pintu utama dibuka dan tahu mangsa telah masuk ke dalam rumah.
Mangsa baru pulang ke rumahnya selepas membeli barangan basah bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

Kemudian berlaku pergelutan antara mangsa dengan Syahmie Hassan. Akibat pergelutan itu kepala mangsa terhantuk ke bucu meja menyebabkan dia jatuh pengsan. Syahmie Hassan bertindak menjerut mangsa menggunakan kain langsir mati. Dia kemudian merogol mayat mangsa pula.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan dibungkus kain toto di tepi tangga apartmen itu.
Mahkamah Tinggi Ipoh pada 31 Julai 2015 berpuashati dengan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman mati keatas Syahmie Hassan 25, kerana membunuh Dr Rohani Kasim, 38, di Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View, Ulu Kinta, Perak antara 6 petang dan 7.30 malam pada 3 Ogos 2011 menjelang waktu berbuka puasa.
Pada 18 Mei 2016, Syahmie Hassan mengemukakan kesnya untuk pertimbangan Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Syahmie Hassan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman mati.
Ketika menyampaikan keputusan, Tengku Maimun berkata tidak terdapat kekhilafan dalam dapatan hakim Mahkamah Tinggi untuk dirayu dan campur tangan Mahkamah Rayuan adalah tidak diperlukan.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Datuk Kamardin Hashim.
Bukti menunjukkan bahawa Syahmie memecah masuk ke dalam pangsapuri Dr Rohani dengan niat untuk mencuri. Apabila gagal menjumpai barang berharga, lelaki itu menunggu kepulangan wanita berkenaan.
Ketika berlaku pergelutan, Dr Rohani menggigit jari penyerangnya dan sebagai tindak balas, lelaki itu menolaknya hingga terjatuh dan kepalanya terhantuk pada meja.
Apabila mendapati wanita itu masih hidup, tertuduh menjerut mangsa dengan kain langsir hingga wanita itu tidak lagi bernyawa. Tertuduh kemudian merogol mayat mangsa.
Hujah peguam Rafael Abdullah, yang mewakili Syahmie, berkata anak guamnya mengalami gangguan bipolar dan oleh itu, tidak sepatutnya disabitkan kesalahan membunuh dan sebaliknya, hanya ditahan selama perkenan Sultan Perak kerana keadaannya tidak siuman.
Rafael berkata Syahmie menerima rawatan perubatan setahun sebelum kejadian itu berlaku.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, bagaimanapun meminta mahkamah mengekalkan sabitan kesalahan terhadap lelaki itu dan tegas beliau, perbuatan tertuduh menyetubuhi mayat mangsa adalah kerana dia mempunyai nafsu yang kuat, bukan kerana tidak siuman.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.