3 mins read

SEJARAH OTAI ‘SCAMMER’ MALAYSIA YANG MENGGEMPARKAN NEGARA

This post has already been read 2460 times!

Osman Hamzah, atau dikenali Pak Man Telo merupakan pengasas skim cepat kaya pertama di Malaysia. Beliau merupakan bekas wartawan di akhbar Warta Negara pada 1960-an sebelum menyertai Bernama sebagai wartawan sambilan beberapa tahun kemudian.

Akhbar Tempatan menyiarkan kisah esklusif Pak Man Telo

Pak Man Telor, mula menjalankan aktiviti pelaburan saham pada penghujung tahun 1970-an dibawah nama Skim Pertama Berhad. Skim ini mula popular dan tersebar luas apabila peserta-peserta awalnya berjaya bergelar jutawan.

Ramai tertarik untuk menyertai skim pelaburan Pak Man Telo , memandangkan skim tersebut tidak pernah gagal membayar dividen yang tinggi kepada para pelaburnya. Siapa yang tak rambang mata kalau dengar keuntungan 10%-12% setiap bulan.

Namun pada 1 Oktober 1989, operasi Skim Pak Man telo mula mendapat perhatian daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengutip wang daripada orang ramai tanpa lesen yang sah. Kediaman beliau kemudiannya diserbu pada 2 Novermber 1989. Beliau bersama anak dan isterinya ditahan dan wang tunai sebanyak RM1.7 juta dirampas.

Pada 11 Januari 1990, Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan melanggar Akta Bank dan Industri Kewangan 1989, manakala isteri dan anak lelakinya dituduh bersubahat.

Namun ketiganya mengaku tidak bersalah. Pak Man Telo kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta, pasportnya dirampas. Manakala isteri dan anak lelakinya dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua ikat jamin dibayar secara tunai. Wang tunai RM1.7 juta yang dirampas pegawai BNM kemudiannya dipulangkan semula kepada Pak Man Telo kerana tiada undang-undang yang membolehkan BNM ‘memegang’ wang rampasan tersebut.

Walaupun begitu, Pak Man tetap disanjung oleh penyokong-penyokongnya diluar mahkamah bersama laungan ‘Hidup, Pak Man!’. Skim ini tetap meneruskan operasinya seperti biasa malahan jumlah pelabur juga dikatakan meningkat disebabkan populariti Pak Man Telo yang naik mendadak.

Baca Juga   Ini punca masalah air Universiti Malaysia Sabah
Penyokong dan rakan menyanjungi dan menganggap Pak Man Telo dianiaya

Namun, pada September 1990, para pelabur mula perasan pulangan dividen mula berkurangan. Pak Man Telo mengumumkan kadar dividen 12% diturunkan kepada 5% sahaja dengan alasan berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia akibat daripada Perang Teluk.

Keadaan makin bertambah tenat apabila Pak Man langsung gagal membayar pulangan dividen yang dijanjikan menyebabkan berlakunya kekecohan di kediamannya pada Januari 1991.

Kenderaan Pak Man Telo dirosakkan dan sebulan kemudian, anak lelakinya, Abdul Razak Affendi diculik sebagai tebusan Pak Man Telo perlu membayar RM430,000 kepada penculik.

Namun kesemua penculik berjaya diberkas pihak polis. Pada April tahun yang sama, Pak Man Telo sekali lagi ditahan di Pejabat Polis Bukit Aman dan hasil siasatan berjaya membawa kes beliau ke mahkamah.

Pak Man Telo dituduh mengambil wang deposit kira-kira daripada 50,000 orang dengan jumlah keseluruhan sekitar RM99.09 juta. Pak Man Telo juga mengaku tiada siapa mengetahui jumlah sebenar kutipan mereka kerana tiada rekod yang jelas dicatatkan bagi setiap transaksi sepanjang operasi.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Pak Man Telo dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu perbicaraan pada awal 1992. Hasil perbicaraan, beliau didapati bersalah dan mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda sebanyak RM500,000.

Gagal membayar denda, Pak Man Telo dipenjarakan lagi selama setahun di Penjara Taiping sebelum dibawa ke Kuala berang, Terengganu untuk perintah buang daerah.

Di sana, Pak Man Telo bersama isteri keduanya dan seorang anak lelakinya memulakan kehidupan baharu dengan membaiki radio dan televisyen sebelum meninggal dunia pada 22 Disember 1997 ketika usianya 70 tahun akibat sakit tua.

Penafian
Baca Juga   Senarai kereta popular Malaysia

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.