[Video] Tiga sekeluarga disimbah asid ketika masuk lif

This post has already been read 2066 times!

Saira Abdullah 62, (tengah) mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai lepas. -Foto BERNAMA

Sepasang suami isteri cedera manakala anak lelaki mereka terselamat apabila disimbah asid oleh seorang wanita warga emas ketika memasuki lif sebuah pangsapuri di Batu Caves Selangor Selasa 6 Julai 2023. .Mangsa difahamkan melecur teruk di bahagian mata dan badan akibat tragedi tidak diduga tersebut.

Lebih parah seminggu sebelum kejadian di simbah asid kedai makan mereka hangus terbakar yang juga dipercayai angkara ketidakpuasan hati pihak lain.

Berikut dengan kejadian itu, Seorang wanita warga emas telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan.

Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah, 62, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai 2023

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kisah Malang Penerbangan Rusia 593