Geng Piji akhirnya melingkup
1 min read

Geng Piji akhirnya melingkup

This post has already been read 5635 times!

KUCHING: Polis Daerah Kuching berjaya memberkas 12 individu disyaki ahli ‘Geng Piji’ yang dipercayai aktif melakukan kes pecah rumah, curi kenderaan, curi kabel dan samun sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata polis berjaya menahan ketua kumpulan itu dan 11 anggota kumpulannya. Kesemua mereka berusia antara 20-an dan 30-an. Ketua kumpulan itu mempunyai 19 kes rekod jenayah lampau dan telah dibuang negeri sebelum ini.

Dia ditangkap pada 2022 dan semasa dia diikat jamin mahkamah, dia merekrut lebih ramai anggota untuk menyertai kumpulan samsengnya. Geng itu terlibat dalam kes pecah rumah, curi kenderaan dan curi kabel.

Pada 23 Mei pasukan Counter Aggressive menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun di Jalan Sultan Tengah kerana pecah rumah dan curi kenderaan di Taman Long Seng yang berlaku pada 19 Mei.

Kerugian harta benda ialah RM90,000. Semua ahli kumpulan itu mempunyai antara 2 hingga 10 rekod jenayah termasuk dadah sebelum ini. Ahsmon menggesa orang ramai untuk menghulurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah bagi membantu polis membersihkan jenayah kekerasan dan dadah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video]Rompakan RM3.2 juta kedai emas Metro Kajang di hari Aidil Adha