6 jam Sesat dalan hutan ikut pemanduan aplikasi Waze

This post has already been read 2794 times!

Teknologi banyak membantu memudahkan urusan kehidupan namun ada ketikanya mendatangkan masalah. Satu kejadian Seorang lelaki menggunakan aplikasi pemanduan arah WAZE bermotosikal kerumah abangnya di Sungai Petani, telah tersesat sehingga 10KM didalam hutan Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Mangsa yang berusia 32 tahun berhasrat ke rumah abangnya di Sungai Petani, selepas beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang, kira-kira jam 1.00 pagi 9 Mei 2024 tadi.

Ketua balai bomba dan penyelamat BBP Sikh Zulkhairi Mattanjil memaklumkan pemuda itu mendakwa dia tersesat dan pandangannya gelap menyebabkannya dia panik.

Mangsa cuba untuk mengunakan aplikasi pemanduan arah namun tidak berjaya akibat tiada liputan telekomunikasi.

Mangsa telah menghubungi bomba untuk meminta bantuan pada jam 7.00 pagi tadi 9 Mei 2024.

Sepasukan Bomba dari Mangsa ditemui lebih kurang jam 8.00 pagi oleh pasukan Bomba dalam keadaan lemah dan kebingungan.

Mangsa ditemui dalam keadaan keliru dan kelaparan
Tersesat 10 KM dalam ladang Felda
Mangsa Ditenangkan oleh anggota penyelamat
Mangsa dibawa ke klinik kesihatan untuk rawatan
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Siput babi api ditemui di kawasan Pergunungan Semenanjung Malaysia