Lain kali semak terlebih dahulu sebelum kena scam berjuta ringgit

This post has already been read 2341 times!

Ramai terburu buru mengejar keuntungan segera tanpa membuat semakan di Bank Negara Malaysia. Semakan nama syarikat boleh dibuat dengan mudah melalui https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list

Satu kejadian telah menimpa seorang Akauntan kerugian rugi lebih RM2.2 juta ditipu pelaburan saham.

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang juga akauntan mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan saham.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata lelaki berusia 75 tahun itu membuat laporan polis, semalam selepas percaya dirinya ditipu suspek dan mengalami kerugian berjumlah RM2,276,000. “Menurut mangsa, pada 19 Disember 2023, ketika berada di rumah, mangsa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang mengiklankan berkaitan pelaburan dalam pembelian saham.

“Mesej itu memberi penerangan berkenaan cara melabur dan menjanjikan keuntungan lumayan, mudah dan dalam masa yang singkat. “Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa mengikut arahan suspek dengan memuat turun aplikasi yang diarahkan serta mendaftar akaun di aplikasi itu bagi memantau pelaburannya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian memulakan pelaburan pada Mei dan Jun 2024 dengan memasukkan wang ke beberapa akaun bank atas arahan suspek sehingga berjumlah RM2,276,000.

Katanya, mangsa melihat status pelaburannya di aplikasi yang diberikan dan mendapati ia mencatatkan keuntungan berjumlah RM12.9 juta.

“Teruja dengan keuntungan yang dipaparkan, mangsa memutuskan untuk mengeluarkan wang keuntungan yang diperolehi.

“Bagaimanapun, suspek mengarahkan mangsa membayar komisen berjumlah RM1.6 juta dan mangsa tidak membuat bayaran berkenaan kerana mengesyaki ditipu,” katanya.

Menurut Kumar, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Sejarah Tasik Kenyir yang ramai tidak tahu