Pada tahun 1986 hingga 1987, Malaysia dikejutkan dengan kejadian 18 wanita di dadah dan di rogol manakala 5 dari mangsa itu di bunuh oleh perogol bersiri bernama Lee Chow Meng.
Berasal dari Mentakab, Pahang, Lee Chow Meng mula merogol mangsanya di sebabkan kekecewaannya dalam hubungan dengan teman wanitanya bernama Tiong Hwa.
Cinta mereka berkembang dan Tiong Hwa mempelawa Chow Meng duduk serumah dengan dia. Namun begitu, hubungan mereka mula retak di sebabkan perangai Chow Meng yang suka berfoya-foya dengan wanita lain.
Akhirnya Tiong Hwa tidak boleh terima lagi dan menamatkan hubungan mereka. Kecewa dan marah, Chow Meng mula menanam perasaan benci terhadap perempuan.
Perasaan itu mendorongnya untuk membalas dendam kepada kaum wanita dengan menggoda dan merogol perempuan untuk kepentingan nafsunya. Dia akan mencari mangsa di dalam iklan suratkhabar.
Perempuan yang menyiarkan nombor mereka kerana kerja seperti penjual bunga dan guru tusyen akan menjadi mangsa Chow Meng. Dia akan bertemu selalunya di kedai makanan segera dan di situ, dia akan membeli air dan memasukkan sejenis dadah di dalamnya sebelum mencadangkan mereka ke tempat lain sama ada dengan keretanya atau kereta mangsa.
Dadah itu membuatkan mangsanya menjadi khayal dan menuruti katanya. Ini membolehkan dia memaksa mangsa menandatangani slip pembelian kad kredit dan memberitahu nombor pin mesin ATM, menyamun wang tunai dan barang kemas selain merogol mangsa.
Untuk mengelakkan daripada perbuatan jenayahnya di bongkar, Chow Meng menggunakan berbagai-bagai alias dan dia juga tidak teragak-agak untuk bunuh jika perlu.
Polis cuba menangkap Chow Meng dengan menawar duit yang lumayan. Posternya pula di tampal merata Malaysia. Selama 10 tahun dia menjadi buruan polis.
Pada 28 ogos, 1997, Chow Meng cuba mengugut untuk menyebarkan gambar bogel salah seorang mangsanya.
Mangsa itu membuat laporan polis. Chow Meng berjaya di tembak di peha ketika cubaan lari dari kepungan pihak polis.
Ketika dibicarakan atas kes bunuh, Chow Meng terselamat daripada hukuman gantung sampai mati tetapi terpaksa menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana pelbagai kesalahan lain.
Pada 30 Mac 2001, Chow Meng dikejarkan ke Hospital Taiping dan disahkan mati akibat paru-paru telah dijangkiti kuman HIV.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 37 tahun, Chow Meng sempat meminta pihak Jabatan Penjara memasukkan dua buku panduan seks di dalam kerandanya. Permintaan itu dibenarkan Jabatan Penjara. Mayat Chow Meng akhirnya dibakar sebelum abunya ditabur di sebuah perkampungan nelayan di Perak.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.