Cinta 3 segi menjadi punca pembunuhan keatas janda anak satu

This post has already been read 1188 times!

Pada 29 September 2011 satu pembunuhan telah berlaku di sebuah rumah di fasa 5 Taman Adika Keningau Sabah.

Mangsa adalah seorang wanita Kartini binti Burhan 27, seorang janda dan mempunyai seorang anak berusia 7 tahun.

Seorang pegawai polis Inspektor Ahmad Rizal Omar berusia 29 pada awalnya menjadi saksi kepada kejadian bunuh tersebut.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti menunjukkan yang Ahmad Rizal adalah suspek kes pembunuhan berkenaan.

Cerita awal kononnya mangsa menghubungi Inspektor Ahmad Rizal untuk mendapatkan bantuan kerana ada perompak masuk kerumah. Konon telah berlaku pergelutan antara Perompak dengan Inspektor Ahmad Rizal menyebabkan beliau mengalami luka. Mengikut cerita beliau, perompak telah menikam mangsa.

Inspektor Ahmad Rizal melaporkan dia telah bergelut dengan perompak sehingga mengalami kecederaan.

Ahli keluarga Mangsa juga telah memberikan kenyataan bahawa mangsa adalah merupakan teman wanita kepada suspek. Namun mereka juga mengakui yang mangsa juga mempunyai seorang lagi teman lelaki.

Laporan yang dibuat oleh Ahmad Rizal mengatakan kejadian rompak telah berlaku pada awal pagi kejadian akan tetapi tiada langsung sebarang tanda pecah masuk di rumah tersebut.

Inspektor tersebut juga menyatakan mangsa ada menghubunginya untuk minta bantuan akan tetapi semakan bil telefon mangsa dikeluarkan oleh DiGi bertarikh 1 September hingga 30 September 2011 tiada sebarang rekod seperti didakwa oleh Ahmad Rizal .

Menurut Pakar Forensik Kota Kinabalu dinyatakan secara lisan kepada bapa mangsa Encik Burhan memberitahu mangsa telah meninggal kira-kira 3 jam awal sebelum Mangsa dihantar ke hospital pada pukul 5:30 pagi pada 29 September 2011.

Ini bermakna kejadian bunuh itu berlaku pada sekitar jam 2:30 pagi dan amat bertentangan dengan keterangan diberikan oleh Ahmad Rizal dari segi masa kejadian iaitu pada jam 4:40 pagi mangsa kononnya membuat panggilan untuk meminta bantuan darinya.

Baca Juga   Lithuania paling ramai di Dunia doktor perubatan kalangan wanita

Lebih menghairankan Ahmad Rizal telah mengaku dirinya sebagai ahli keluarga mangsa sedangkan mereka langsung tiada hubungan persaudaraan.

Menurut bil telefon Digi Mangsa, panggilan keluar telah dibuat.melalui telefon bimbit Mangsa pada 29 September 2011selepas kematian Mangsa dalam jam 10:30 pagi dan 4:47 petang di mana pada ketika itu mangsa berada di kamar mayat, manakala telefon bimbit tersebut berada dalam jagaan polis sebagai bahan bukti.

Panggilan telah dibuat ke nombor telefon Ahmad Rizal.Persoalannya, bolehkah telefon bimbit tersebut digunakan,sedangkan ianya berada dalam jagaan pihak polis sebagai salah satu bukti.

Pada mulanya kes ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai.mangsa rompak dan bunuh. Bagaimanapun keluarga mangsa cuba membuat laporan polis berkenaan kes ini kerana mendapati polis melakukan siasatan secara alakadar dan cuba melindungi inspektor berkenaan.

Bapa mangsa mendesak polis menjalankan siasatan rapi kerana mengesyaki anaknya telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011. Bapa mangsa pada mulanya kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas akibatnya dia terpaksa menghubungi sabahkini.net untuk menyiarkan kekesalannya dan bercadang untuk membuat laporan di balai polis Karamunsing.

Akhirnya dia dibenarkan membuat laporan polis setelah keluhan beliau dipaparkan di sabahkini.net.

Justeru Inspektor Ahmad Rizal telah ditahan sebagai suspek dan juga telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Baca Juga   Apa itu RO Water dan air mineral

Pada 25 Jun 2020, suspek Ahmad Rizal telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi. Hakim dalam menyampaikan keputusan menyatakan bahawa kematian mangsa disahkan oleh seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayatnya dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikaman pada dadanya menembusi jantung.

“Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan menyebabkan kematian si mati.

Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila hakim menyampaikan keputusannya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.