Pasukan unit skuba dan sub akuatik forensik PDRM menemui telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini.

HULU SELANGOR: 17 Julai 2024

Telefon pintar milik mangsa berusia 25 tahun itu ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada tengah hari Rabu.

Penemuan itu dibuat oleh anggota Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada kira-kira pukul 12.21 tengah hari.Difahamkan, pasukan penyelam membuat penemuan itu selepas pencarian selama hampir sejam.

Pada masa sama, polis turut membawa suspek berusia 26 tahun ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.

Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada