This post has already been read 2400 times!

Seorang pemandu e-hailing Syahrul Asyraf dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu 12 Julai 2024.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga lelaki itu pada jam 4.17 petang Ahad 14 Julai 2024.

“Pemandu e-hailing itu dikenali sebagai Syahrul Asyraf Dahlan, 33, telah hilang dan kali terakhir dia dapat dihubungi oleh ahli keluarganya yang tinggal di Melaka melalui panggilan telefon semasa lelaki itu memandu sebuah kereta Proton Persona berwarna coklat pada Jumaat 12 Julai 2024,” katanya dalam kenyataan pada Khamis 18 Julai 2024.

Beliau berkata, ahli keluarga mangsa juga memaklumkan kepada polis bahawa kali terakhir lelaki itu menetap di rumah salah seorang ahli keluarga di Pandan Jaya di sini, pada 3 Julai lalu.

“Menurut ahli keluarga mangsa, beliau tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak lelaki itu bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42524866,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   1 syawal  di Arab Saudi  pada Rabu 10 April 2024
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay