This post has already been read 7071 times!

DUNGUN: Wanita dipercayai mengalami kemurungan yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Felda Kerteh 6, dekat sini sejak isnin 22 Julai 2024 lalu ditemukan dalam keadaan selamat.

Salina Abdullah, 50, ditemukan jam 12.45 tengah hari 25 Julai 2024 selepas empat hari usaha pencarian dilakukan ahli keluarganya.

Anaknya, Maisarah Zailan, 29, berkata mereka sekeluarga bersyukur emaknya ditemui selamat namun tidak dapat mendedahkan lokasi penemuan ibunya.

Maisarah berkata, kali terakhir ibunya itu dilihat memandu kenderaan Perodua Alza berwarna putih kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

“Ibu keluar sendirian dengan memandu kereta tanpa memberitahu kepada ahli keluarga termasuk arah tujuannya. “Ibu yang mempunyai masalah kemurungan jarang keluar atau memandu bersendirian dan biasanya dia akan ditemani adik bongsu, Naziha Shakira, 16 namun tidak pada hari kejadian” ujarnya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Gengsterisme di sekolah 5 ditahan
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay