[Video]Provokasi membawa kepada merusuh antara dua kumpulan 28 lelaki ditahan Polis

This post has already been read 3457 times!

BUTTERWORTH:Tindakan pantas Polis berjaya menahan 28 lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, di sini, 3 Mei 2024.

Kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 51 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan sekitar daerah Seberang Perai Utara oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, polis melancarkan serbuan selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu. “Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran dan provokasi antara 2 kumpulan.

“Polis berjaya mengesan 28 lelaki disyaki terlibat bersama barang kes yang digunakan dalam kejadian itu. Kesemua mereka kemudiannya direman untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu 5 Mei 2024.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran dan provokasi antara 2 kumpulan.

Menurut Mohd Asri, pihaknya juga sedang giat mengesan saki baki suspek lain yang turut terlibat dalam kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta dapat berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh bersenjata.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Maklumat Awal Serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram