Gengsterisme di sekolah 5 ditahan
1 min read

Gengsterisme di sekolah 5 ditahan

This post has already been read 7438 times!

Lima pelajar ditahan kerana menyerang junior di sekolah

IPOH: Polis menahan lima pelajar lelaki hari ini kerana didakwa menyerang seorang remaja di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Polis mencadangkan kepada pihak sekolah agar mengambil tindakan disiplin, dalam masa sama siasatan dijalankan kerana bapa mangsa ada membuat laporan polis

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, mangsa yang berusia 13 tahun membuat laporan pada Rabu 24 Julai 2024 , mendakwa dipukul pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah berkenaan.

Azizi berkata, mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Susulan laporan itu, polis telah menahan lima pelajar berusia 16 dan 17 tahun hari ini bagi memudahkan siasatan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengenal pasti suspek lain dalam kes ini.

“Siasatan sedang berjalan, dan keterangan saksi juga akan direkodkan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis memandang serius kejadian itu dan menggesa orang ramai supaya terus bersabar dan mematuhi undang-undang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Rangka disahkan milik Muhammad Shafiq Salihin