Pengasas Megaupload, Kim Dotcom Diekstradisi Ke Amerika Syarikat
1 min read

Pengasas Megaupload, Kim Dotcom Diekstradisi Ke Amerika Syarikat

This post has already been read 3393 times!

Kim Dotcom akhirnya akan diekstradisi dari New Zealand ke Amerika Syarikat untuk dihadapkan ke mahkamah kerana penglibatan beliau menubuhkan laman Megaupload.

Beliau dan tiga lagi individu didakwa terlibat dalam penipuan atas talian, melanggar hak cipta pada skala komersial dan pengubahan wang haram menerusi Megaupload.

Laman Megaupload yang dibuka pada tahun 2005 membenarkan pengguna menyimpan fail di atas talian yang kemudiannya boleh dikongsi dengan pengguna lain menerusi pautan.

Dengan segera ia menjadi tempat simpanan perisian, permainan video, filem, siri TV dan muzik cetak rompak yang popular.

Operasi Megaupload terhenti pada 19 Januari 2012 selepas domain diambil alih oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atas kesalahan melanggar hak cipta.

Kim Dotcom kemudian segera melancarkan laman baharu Mega yang masih lagi beroperasi ke hari ini.

Kim Dotcom kemudian ditahan di New Zealand tetapi berjaya menentang usaha untuk diekstradisi sejak 2012 kerana di pelanggaran hak cipta bukan suatu jenayah di negara tersebut.

Beliau menafikan tuduhan berkenaan kerana pelanggaran hak cipta dilakukan oleh pengguna Megaupload dan bukan pemilik perkhidmatan.

Mahkamah New Zealand bersetuju dengan pendapat beliau dan beliau dibebaskan.

Arahan ekstradisi hanya diberikan hari ini selepas ia dikeluarkan oleh Menteri Kehakiman New Zealand Paul Goldsmith dengan proses pengusiran keluar Kim Dotcom telah dimulakan. -Sumber- Amanz

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Inovasi perlu pengetahuan dan semangat kental