Palestin diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
1 min read

Palestin diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

This post has already been read 4398 times!

Palestin menempa sejarah baru apabila diterima negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Walaupun bukan ahli penuh, Palestin diberikan hak baharu untuk mengemukakan cadangan dan pindaan serta duduk bersama negara anggota lain.

Sebelum ini Palestin hanya berstatus pemerhati sahaja.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, duduk di meja bertanda “State of Palestine,” menandakan detik bersejarah ini.

Langkah ini merupakan usaha ke arah pengiktirafan penuh Palestin sebagai negara berdaulat oleh PBB.

Ilustrasi suasana kehidupan harian rakyat Palestin di kawasan yang diduduki secara haram oleh Israel.

Meskipun berdepan dengan situasi yang mencabar, ketabahan dalam kalangan penduduk Palestin meneruskan rutin harian mereka amat menyentuh perasaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Berapa harga Kayu terMahal di dunia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *