This post has already been read 1363 times!
Purata 300 pasangan berkahwin di Thailand khususnya di wilayah Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun.
Pelbagai sebab pasangan ini bernikah di Selatan Thai termasuk poligami selain mendirikan rumah tangga dengan pasangan warga Thailand.
Kerana proses di negara berkenaan lebih mudah berbanding di Malaysia menyebabkan Thailand menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia untuk berkahwin.
Sebahagian pasangan berkahwin du Thailand kerana tentangan dari keluarga.
Dinasihatkan pasangan yang bernikah di luar Malaysia supaya mendaftarkan pernikahan dengan pejabat agama di negeri masing-masing sebaik pulang ke tanahair.
Pendaftaran pernikahan di Malaysia sangat penting bagi mengelakkan pelbagai masalah berkait pernikahan tersebut timbul di kemudian hari seperti status anak tanpa negara, pewarisan harta dan masalah wali untuk bernikah apabila dewasa kelak.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.