Dilaporkan pada 1 November 2024

Menurut satu kajian terkini, berjalan kaki selama 40 minit sebanyak tiga kali seminggu mampu memberikan manfaat besar kepada kesihatan otak, terutamanya dalam meningkatkan saiz hippocampus, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memori dan pembelajaran.

Hippocampus adalah struktur kecil yang sangat penting untuk fungsi kognitif. Bahagian ini mudah terjejas oleh tekanan dan penuaan, yang boleh mengakibatkan penurunan fungsi memori seseorang. Namun begitu, dengan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, otak mendapat lebih banyak aliran darah dan oksigen, membantu mengekalkan saiz hippocampus serta menyokong daya ingatan dan keupayaan pembelajaran.

Pakar kesihatan menggalakkan masyarakat agar mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara berkala untuk menyokong kesihatan fizikal dan mental. Selain mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer, berjalan kaki juga boleh meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan, menjadikan ia aktiviti yang amat berkesan untuk kesihatan menyeluruh.

Ingatlah Jika anda ingin memulakan gaya hidup lebih sihat dan  otak cerdas jadikan berjalan kaki sebagai amalan rutin anda!

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada