Berkebun terapi berkesan mendamaikan tekanan kerisauan

This post has already been read 89 times!

Tekanan kerisauan menjadi punca kepada pelbagai penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, obesiti, gastritis, jantung,buah pinggang dan kanser.

Antara kaedah terbaik meredakan tekanan ialah dengan aktiviti berkebun.




Menanam pokok buah-buahan, membersih pangkal pokok dan membakar ranting daun gugur menjadi cara terbaik untuk menghilangkan tekanan .

Menjadikan sekeliling rumah atau balkoni sebuah taman kecil dengan tanaman cili, terung dan pokok kari dalam pasu pastinya memberikan suasana yang menenangkan.

Dalam satu kajian, subjek diminta untuk melakukan tugas yang memberi tekanan dan kemudian diminta sama ada melakukan 30 minit berkebun di taman peruntukan mereka atau 30 minit membaca bahan yang diminati.

Walaupun kedua-dua kumpulan mengalami penurunan tekanan, aktiviti berkebun didapati berlaku penurunan ketara paras hormon kortisol. Hormon kortisol dikenali penyebab kepada tekanan dan kerunsingan.

Kesimpulannya berkebun jelas memberi kesan positif terhadap tekanan serta mood.

Berikut adalah beberapa sebab berkebun adalah penghilang tekanan yang hebat.


1) Cahaya matahari
Hanya keluar di bawah sinar matahari sebenarnya boleh meningkatkan mood anda. Cahaya matahari bertindak dengan kolestrol dibawah kulit menghasilkan vitamin D.

Udara persekitaran segar juga menambahkan mood gembira.


2) Berhubung Dengan Alam Semula Jadi
Berhubung dengan alam semula jadi dan aktiviti luar yang menarik boleh membantu anda berasa lebih terhindar daripada tekanan dalam kehidupan seharian.

Dengan jumlah masa yang kita habiskan di dalam rumah (di tempat kerja, melayan media sosial), ramai orang merasakan keinginan untuk berhubung dengan alam semula jadi yang tidak dipenuhi.

Walaupun anda mungkin tidak mempunyai masa untuk pergi berkhemah atau mendaki alam semula jadi, mempunyai sudut kecil alam semula jadi di luar rumah atau balkoni membantu anda merasakan nikmat ketenangan yang menyeronokkan.

3) Mencipta Kecantikan
Keindahan alam semula jadi adalah penghilang tekanan yang hebat. Bentuk landskap mini dengan hiasan pokok rendah tersusun kemas seumpama bonsai ditambah dengan air mengalir mirip sungai kecil.

Ini semua adalah sebahagian daripada idea menjadikan rumah anda sebagai tempat mendamaikan.

Baca Juga   Landskap alam semulajadi meredakan ketegangan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.