
Benar Pokok Durian Tak Salah Ceroboh Hutan Simpan Memang Salah
Tindakan tegas Kerajaan Negeri Pahang menebang lebih 200 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di kawasan hutan simpan Sungai Ruan, Raub menjadi pengajaran . Langkah ini diambil sebagai usaha menangani isu pencerobohan tanah kerajaan yang telah berlarutan lebih 30 tahun.
30-40 Tahun Ceroboh Hutan Simpan Secara Haram Tanpa Rasa Bersalah? Sepatutnya Bersyukur Tiada Tuntutan Saman Mahkamah
Baru-baru ini viral tindakan Kerajaan Negeri Pahang menebang 200 pokok durian milik penceroboh tanah. Ramai yang mempertikaikan tindakan ini dengan alasan “pokok tak bersalah”. Tapi sebenarnya, isu ini lebih besar dari itu!
- Tanah kerajaan bukan hak individu
- Penceroboh menggunakan tanah tanpa kebenaran
- Isu keadilan untuk rakyat yang patuh undang-undang
4 SOALAN MUDAH UNTUK PENCEROBOH TANAH
1. Adakah tanah itu milik anda?
Jika TIDAK, ia adalah pencerobohan!
2. Ada surat sewa/kebenaran?
Jika TIDAK, ia aktiviti haram!
3. Pernah bayar sewa?
Jika TIDAK, anda mencuri hak kerajaan!
4. Patut dapat pampasan?
Jawapannya TIDAK!
✔ Kedaulatan Undang-Undang
Tanah kerajaan perlu dihormati. Undang-undang jelas tentang pencerobohan.
✔ Keadilan Untuk Semua
Rakyat lain beli/sewa tanah, penceroboh dapat percuma? Tidak adil!
“BUKAN MILIK ANDA, MAKA BUKAN MILIK ANDA!”
#HentikanPencerobohanTanah #DaulatkanUndangUndang
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.