Pelabuhan Pulau Pinang merupakan kawasan yang sibuk dan menjadi tempat ramai penduduk tempatan dan luar negeri mencari rezeki.

Banyak kapal-kapal yang berlabuh dengan muatan kargo yang banyak, sekaligus memerlukan tenaga manusia yang banyak.

Golongan buruh ini pula terdiri daripada pelbagai bangsa. Seperti biasa buruh pastinya memilih makanan yang berharga rendah setimpal dengan upah yang mereka terima.

Di sinilah bermulanya idea nasi kandar.

Peniaga makanan akan membawa makanan kepada pekerja pelabuhan dengan menggunakan kayu pengandar yang diisi dengan nasi dan lauk-pauk.

Nasi kandar mula popular ketika itu kerana seperti umum mengetahui, nasinya banyak dan mengenyangkan.

Lauk yang popular pada ketika itu pula adalah nasi bersama kari ikan, ikan goreng dan bendi.

Inilah menu asal nasi kandar.

Nasi kandar mula dijual setiap pagi. Peniaga nasi kandar akan tiba di perkarangan pelabuhan pada awal pagi, kerana ramai pekerja pelabuhan yang mencari sarapan dengan makanan berat sebagai sumber tenaga untuk bekerja sehingga ke petang.

Pada hari ini, nasi kandar tidak lagi menjadi makanan ruji warga buruh, namun sudah menjadi menu kegemaran pelbagai lapisan masyarakat dengan campuran lauk-pauk yang beraneka.

Kini restoran cambah di merata lokasi menghidangkan juadah nasi kandar.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn