Melombong matawang digital atau bitcoin yang biasanya beroperasi di permis rumah kedai kini menukar taktik dengan menyewa rumah bagi menjalankan kegiatan berkenaan.
Taktik tersebut dikesan pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Tenaga Nasional Berhad dalam operasi bersama di dua buah rumah Teres dua tingkat di Taman Tiara Sendayan di Seremban pada Khamis 13 Jun 2024.
Pengarah Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka Amir Faizal Kamshah berkata:” Sindiket menjadikan bilik di tingkat atas sebagai lokasi melombong apabila terdapat sembilan mesin bitcoin dirumah pertama dan 21 mesin di rumah kedua.
Kerugian ekoran mencuri elektrik untuk kegunaan mesin perlombongan dianggarkan RM25K.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.