Dipercayai hari ini 106 tahun yang lalu, keluarga Romanov dibunuh. Maharaja terakhir Rusia, Tsar Nikolai II Romanov naik takhta pada 1896 di usia 26 tahun bila bapanya, Tsar Aleksandr III meninggal dunia.
Tak bersedia & terlatih secukupnya, Nikolai mewarisi takhta di waktu yang genting.
Golongan petani & pekerja mula mendesak pembaharuan dalam pentadbiran Rusia, daripada raja berkuasa mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan.
Begitu pun, Nikolai tak mahu mengubah apa pun yang diwarisi daripada bapanya.Kekalahan dahsyat Rusia dalam perang dengan Jepun mencetuskan revolusi pada 1905, yang berakhir apabila Nikolai meluluskan pembentukan Dewan Perwakilan (Duma) serta menjanjikan perubahan perlembagaan.
Namun satu hari, keputusan Duma bertentangan dengan pendapat Nikolai lalu beliau membubarkannya.
Tindakan itu sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat, menyumbang kepada peningkatan sokongan kepada kumpulan revolusi Bolshevik. Kemelut dalaman belum selesai, Nikolai mengheret pula Rusia ke kancah Perang Dunia I.
Dengan tentera yang kurang bersedia, mereka kalah besar kepada Jerman, jelas memaparkan kepincangan empayar itu di tangan Nikolai.
Akhirnya Revolusi Bolshevik tercetus pada Mac 1917, memaksa Nikolai melepaskan takhta pada bulan berikutnya.
Dipimpin Vladimir Lenin, Bolshevik merampas kuasa daripada kerajaan sementara sekali gus menubuhkan negara komunis pertama dunia.
Nikolai & keluarganya hidup dalam tahanan rumah di bawah pengawasan rejim Komunis Soviet, berpindah-randah dari Tsarkaye Selo, Tobolsk & akhirnya Yekaterinburg, di Rumah Ipatiev.
Susulan satu mesyuarat sulit, Rejim Komunis Soviet memutuskan agar keluarga itu dihukum mati.
Lewat malam 16 Julai 1918, seluruh keluarga Romanov dikejutkan dari tidur & dibawa ke bilik bawah tanah rumah tahanan mereka.
Di situ, kesemua 7 mereka ditembak bertubi-tubi & ditikam dengan bayonet hingga mati – maka berakhirlah sebuah dinasti yang berusia 300 tahun.
Hanya pada 1979, cebisan mayat keluarga Romanov mula ditemukan di sekitar hutan dekat Yekaterinburg & disahkan identiti mereka, kecuali anak lelakinya Alexei & anak perempuannya, Anastasia.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.