[📸] Penduduk kejar van jenazah
1 min read

[📸] Penduduk kejar van jenazah

This post has already been read 8126 times!

Salah faham menyebabkan sekumpulan penduduk bermotosikal mengejar sebuah van jenazah yang disangka terbabit dalam kes pecah rumah sekitar Kajang.

Rakaman video kejadian itu tular diaplikasi TikTok memaparkan penduduk bermotosikal mengejar kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazrun Abdul Yusuf berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu van jenazah itu sudah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam3.58 petang pada 4 Ogos 2024.

Katanya lelaki itu memandu van jenazah ke satu kawasan perumahan untuk dihantar kepada seorang mekanik. Tapi tersalah alamat,dia terpaksa memandu perlahan untuk mencari tempat yang sebenar namun disalah faham oleh penduduk.

Menurutnya, penduduk menyangka penjenayah pecah rumah sehingga pemandu ditahan dan menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit dalam kes pecah rumah dikawasan berkenaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen506Kanun Kesesaankeranaugutan jenayah.dan Seksyen 233Akta KomikasiMultimedia1998 bersmendatangkankegusaran kepadaorang ramai.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Terima Kasih Gotong Royong kutip sampah bahu jalan CSR