Tarikh Tutup:22 MEI 2023 (ISNIN).
Hospital Cyberjaya ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kontrak di bawah Personel Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2023
seperti berikut:
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia
dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
KADAR UPAH: RM1,700.00/bulan
KEMUDAHAN
i Cuti Rehat (12 hari setahun)
ii. Cuti Sakit (14 hari setahun)
Cuti Sakit dan Cuti Rehat dikira secaraberkadar (Pro Rate) berdasarkan tempoh kontrak.
iii. Perlindungan Sosial:
Caruman KWSP dan PERKESO
2. SYARAT PERMOHONAN:
1.Warganegara Malaysia;
2.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana dalam jadual di atas;
4.Berkebolehan mengendalikan komputer terutama Microsoft Office adalah satu kelebihan:
5.Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin;
6.Berminat meningkatkan ilmu dan pengetahuan diri; dan
7.Boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
3. CARA MEMOHON:
Calon yang berkelayakan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum atau
pada 22 MEI 2023 (ISNIN).
3.1) Resume terkini beserta gambar berwarna
3.2) Salinan Sijil SPM/SPMV yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia
3.3) Salinan Kad Pengenalan, dan
3.4 Salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 yang telah lengkap 2 dos imunisasi.
Sila hantarkan permohonan dan dokumen yang lengkap di alamat berikut:
Hospital Cyberjaya, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor
U.P. Unit Umber Manusia & Latihan
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT:
Puan Afiqah binti Abdul Razak – 03 8873 3500 samb. 41637
Puan Jamilah binti Ishak – 03 8873 3500 samb. 41631