Parah berita palsu sampai 90 peratus

Kuala Lumpur: 18/11/2020 Angka mengejutkan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan peningkatan lebih 90 peratus bagi kes berita palsu pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Datuk Mior Faridalathrash Wahid

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebanyak 196 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu sejak Januari hingga September tahun ini berbanding hanya 10 kertas siasatan bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 17 kes sudah pun dibicarakan di mahkamah sepanjang tempoh itu tahun ini manakala tiada kes yang dibawa ke mahkamah tahun lalu.

See also  MAKLUMBALAS MENGENAI PEMALSUAN KENYATAAN DI PAPAN TANDA MDKS

Katanya, 122 kes masih lagi dalam siasatan manakala 57 kes tiada tindakan lanjut (NFA) pada tahun ini.

“Peningkatan ketara itu amat membimbangkan. Kebanyakan kertas siasatan penyebaran berita palsu yang dibuka adalah berkaitan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

“Semua mereka yang mengeluarkan berita-berita palsu ini kita boleh dakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kita boleh ambil tindakan dan boleh dakwa mereka,” katanya kepada Harian Metro.

See also  Seludup manusia guna kereta mewah tumpas

Beliau berkata, orang ramai perlu menilai sesuatu maklumat yang diterima itu terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.

“Jika kita dapati maklumat diterima itu tidak logik, tidak perlulah disebarkan.

“Kebanyakan kes yang kita siasat, kita dapati mereka ada rekod masalah mental. Kadang-kadang ada juga yang berasa seronok dan mahu jadi yang pertama, dapat sahaja berita terus sebar tanpa mengesahkan benar atau tidak,” katanya.

Katanya, individu yang berkongsi berita palsu walaupun berita itu diterima daripada pihak lain, tetap tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang.

See also  Elak didenda hilang MyKad sanggup buat laporan palsu kena samun

Beliau menasihati orang ramai supaya menyemak dahulu berita diterima sahih dan tepat sebelum dikongsikan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Parah berita palsu sampai 90 peratus " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133185
Users Today : 1580
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20497
Users Last 30 days : 69200
Users This Month : 26910
Users This Year : 133184
Total Users : 133185
Views Today : 2535
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31878
Views Last 30 days : 108220
Views This Month : 41854
Views This Year : 204244
Total views : 204245
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares