KERAJAAN PN bersetuju laksanakan moratorium automatik pinjaman ban B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS) Mikro.

Automatik! Lanjutan moratorium pinjaman bank untuk B40, PKS – Semasa

KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan moratorium secara automatik ke atas pembayaran pinjaman bank untuk golongan B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ini bermakna kumpulan berpendapatan B40 dan PKS Mikro tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen untuk mendapatkan lanjutan moratorium selama tiga bulan yang akan dilaksanakan hingga Disember tahun ini.

“Mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan B40 dan PKS mikro juga akan menerima permohonan yang diluluskan oleh pihak bank masing-masing dalam tempoh 24 jam,” kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau turut memberitahu bahawa golongan M40 hanya perlu membuat self-declaration atau pengisytiharan sendiri dengan pihak bank masing-masing, untuk meneruskan moratorium dan ia akan diluluskan dalam tempoh antara sehari dan lima hari.

Tengku Zafrul berkata, lebih 700,000 rakyat Malaysia telah memohon untuk moratorium fasa kedua, yang kini di bawah Belanjawan 2021.

Moratorium fasa pertama adalah selama enam bulan dari Mac hingga Oktober tahun ini.

Di bawah Belanjawan 2021, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa golongan B40 dan PKS dapat memilih moratorium selama tiga bulan atau pengurangan 50 peratus ansuran bulanan selama enam bulan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " KERAJAAN PN bersetuju laksanakan moratorium automatik pinjaman ban B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS) Mikro. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Beras Nak Makan Pun Takde…” – Ibu Tunggal 5 Anak Hilang Pekerjaan

Our Visitor

148715
Users Today : 322
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24021
Users Last 30 days : 80113
Users This Month : 42440
Users This Year : 148714
Total Users : 148715
Views Today : 439
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36725
Views Last 30 days : 122941
Views This Month : 64855
Views This Year : 227245
Total views : 227246
Who's Online : 40
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares