Segelintir Polis Di Kesan Amal Gaya Hidup Mewah – Bukit Aman

Musa Hassan puji Bukit Aman pantau polis bermewah

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SHAH ALAM – Tindakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman memantau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengamalkan gaya hidup mewah merupakan suatu langkah yang baik.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah tersebut boleh meningkatkan disiplin dan integriti pegawai dan anggota polis yang mungkin merosot akibat tahap penguatkuasaan peraturan tidak mengikut standard ditetapkan PDRM.

Menurutnya, pengalaman beliau berkhidmat bersama PDRM sebelum ini menunjukkan peraturan sedia ada sebenarnya mencukupi bagi mengelakkan sebarang salah laku anggota pasukan keselamatan tersebut.

See also  Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM

“Jadi mereka hanya perlu perketatkan kembali disiplin pasukan polis kerana daripada dulu kita sudah ada peraturannya.

“Dulu terdapat arahan-arahan yang mewajibkan pegawai polis yang mahu memiliki harta untuk melaporkan kepada ketua mereka. Disebabkan itu, mereka tidak boleh buat sewenang-wenangnya.

“Nak beli kenderaan pun kena laporkan kepada ketua dan kena isi borang. Itu semua disiplin. Ini termasuk pembelian kereta untuk anak mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

See also  Polis teruja langsung pernikahan dengan seragam rasmi

Sementara itu, Musa berkata, terdapat kemungkinan peraturan yang telah ditetapkan PDRM sebelum ini tidak dipatuhi oleh anggota mereka.

Justeru, beliau berkata, pemantauan terkini daripada JIPS itu sangat penting dalam usaha memperketatkan kembali disiplin anggota polis yang didakwa sudah terhakis sejak belakangan ini.

Semalam, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi trend anggota dan pegawai PDRM yang dikesan hidup secara mewah ‘ala orang kaya’ secara tidak munasabah.

See also  Lagi kes buli pukul remaja

Katanya, tindakan itu adalah untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya demi menjaga integriti PDRM.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Segelintir Polis Di Kesan Amal Gaya Hidup Mewah - Bukit Aman " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156158
Users Today : 948
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24553
Users Last 30 days : 79982
Users This Month : 49883
Users This Year : 156157
Total Users : 156158
Views Today : 1719
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37231
Views Last 30 days : 123273
Views This Month : 76550
Views This Year : 238940
Total views : 238941
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares