KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 184 orang malam ini, berbanding 53 mangsa petang tadi.
Mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 10 malam ini, tiga PPS di Kota Bharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Melor dengan 23 mangsa, SK Tiong (49) dan Islamic Outreach Abim Kok Lanas (11).
Di Pasir Puteh juga membabitkan tiga PPS iaitu Dewan Kompleks Kamil yang menempatkan 67 mangsa, SK Changgai (17) dan SK Bukit Jawa 2 (17).
Mangsa termasuk enam orang kurang upaya (OKU) dan enam bayi dipindahkan mulai jam 6 petang tadi.
Pertambahan jumlah mangsa banjir berikutan hujan lebat di Kelantan sejak pagi tadi.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai semalam.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan di Kelantan ia membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu daerah yang terbabit ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Mangsa banjir di PPS Kelantan terus meningkat " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.