Pepatah Melayu berpesan ‘menurut biar berakal, menentang biar beradab’: TokMat

Pepatah Melayu berpesan ‘menurut biar berakal,menentang biar beradab’: TokMat

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Dan akhirnya, UMNO dihormati sebagai jurucakap sebenar rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dan bukannya parti yang rakus dengan kuasa dan kedudukan,”

Timbalan Presiden UMNO ,  Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan kebimbangan terhadap perpecahan yang berlaku dalam parti itu boleh memberi kesan terhadap keperkasaan UMNO dan bangsa Melayu.

 

Beliau berkata, perpecahan yang berlaku akan menyebabkan pihak lain

mendapat keuntungan ibarat kata

pepatah Melayu ‘antan sama antan

berlaga, ayam tepi lesung yang akan

kenyang.

 

“Era di mana perbezaan kita

diuruskan dengan sopan, berhikmah

dan melalui jalan yang disepakati.

 

“Seterusnya, parti diperkuatkan

dengan iltizam untuk memperjuang-

kan kepentingan Malaysia, Melayu,

See also  Rumah Degil Di Chow Kit

Islam dan demokrasi sebagai keutamaan.

 

“Dan akhirnya, UMNO dihormati

sebagai jurucakap sebenar rakyat Ma-

laysia dan bangsa Melayu dan bukan-

nya parti yang rakus dengan kuasa

dan kedudukan,” katanya dalam satu

hantaran di Facebook pada Selasa.

 

Beliau berkata demikian sebagai

mengulas tindakan pihak tertentu

yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

berundur melalui kain rentang dan sepanduk.

 

Mohamad berkata, perbuatan tersebut bertentangan dengan budaya dan

nilai serta bukan adab susila parti itu

sebagai orang Islam dan Melayu.

 

“Janganlah sesekali kita terkurang

hormat kepada institusi presiden, yang wajar disantuni dengan sopan dan tatasusila sebaiknya, katanya.

 

Menurutnya, rakyat boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana

See also  Masjid, surau diharap patuhi garis panduan penggunaan pembesar suara bagi jaga keharmonian

UMNO itu nilainya demokratik tetapi jangan sampai ia membawa kepada

sengketa yang akhirnya memecahbelahkan UMNO.

 

“Pepatah Melayu berpesan ‘menurut biar berakal, menentang biar beradab, katanya.

 

Dalam pada itu, beliau menyeru

kepada semua pihak untuk kembali

kepada kesatuan dalam UMNO dengan saling berdamai di antara satu

sama lain.

 

Katanya, apabila berlaku sedikit

perpecahan, ia akan memberi peluang

kepada pihak lawan untuk memecahbelahkan UMNO.

 

“Jangan sesekali kita membuka

ruang untuk persahabatan dan setia

kawan dalam UMNO diadu domba

sehingga kita menjadi seteru antara

satu sama lain.

 

“Tiada siapa yang akan untung

atas perpecahan UMNO dan tiada

siapa juga yang akan menang. Sama

See also  Gaji Profesional Jurukur Bahan umpama melukut ditepi gantang

lebur sama binasa,” ujarnya.

 

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan penggantungan kain rentang di bebe rapa beberapa tempat mendesak Ah- mad Zahid meletakkan jawatan.

 

Bagaimanapun, beberapa kenya-

taan daripada pemimpin UMNO ba-

hagian yang didakwa menaikkan kain

rentang tersebut telah menafikan per-

buatan tersebut.

 

Desakan supaya Ahmad Zahid

meletakkan jawatan sebagai Presiden

UMNO mula dibuat secara terbuka

oleh beberapa pemimpin bahagian

parti itu sejak beberapa minggu lalu.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pepatah Melayu berpesan 'menurut biar berakal, menentang biar beradab': TokMat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238661
Users Today : 1917
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14738
Users Last 30 days : 58002
Users This Month : 47989
Users This Year : 238660
Total Users : 238661
Views Today : 2730
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23827
Views Last 30 days : 92484
Views This Month : 76781
Views This Year : 368996
Total views : 368997
Who's Online : 61
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares