Hampir bertembung, dua pemandu bertekak sambil tunggu lampu hijau (VIDEO)

Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan sebuah kereta membuat pusingan U secara melulu. – Paparan skrin video Twitter/Fadzli Amin
Kemaskini: permohonan maaf wanita berkenaan melalui Instagram
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Dua pemandu kenderaan bertengkar atas jalan raya tular di media sosial selepas hampir bertembung di persimpangan jalan raya.
Kejadian dipercayai berlaku akibat kekeliruan sistem lampu jalan raya berdekatan kawasan sebuah hospital di Serdang.
Kejadian berlaku apabila pemandu sebuah kereta cuba mengelak daripada dilanggar sebuah kenderaan yang cuba membuat pusingan ‘U’ secara melulu.
Rakaman video kamera papan pemuka dimuat naik seorang pemuda di Twitter menunjukkan beliau yang menaiki kereta pacuan empat roda sempat membunyikan hon.
Namun pemandu kereta sedan itu kelihatan tidak berpuas hati dengan membalas hon dan ketika berhenti menunggu lampu isyarat merah, wanita pertengahan umur itu mula mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Berlaku pertengkaran antara pemandu dua kenderaan terbabit sebelum lampu isyarat bertukar hijau.
“Cara dia U turn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau.
“Wajarkah seorang doktor doakan orang kena Covid-19,” soal pemandu pacuan empat roda yang memuat naik video rakaman di Twitter.
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid?
— Fadzli Amin (@Fadzmin_)
Hantaran video Fadzli Amin sejak semalam dikongsi lebih 10,000 kali dan mendapat lebih 8,000 tanda ‘suka’.
Di ruangan komen, Fadzli mempertahankan cara pemanduannya yang tidak melulu di kawasan hospital dan membunyikan hon kepada wanita terbabit.
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid?
Ada pengguna Twitter berkata, kejadian berlaku akibat salah faham sistem lampu isyarat lampu hijau di persimpangan itu.
“Saya tahu sangat dengan jalan ini, memang lampu isyarat dia pelik sikit. Wanita itu boleh buat pusingan U dan kamu boleh jalan terus. Dua-duanya lampu hijau,” kata Nazrin Syafiq.
Ada juga yang mempertahankan wanita itu mungkin mengalami tekanan akibat beban kerja di hospital, menyebabkannya gagal kawal perasaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video Insiden pusingan U , Wajarkah seorang Doktor Mendoakan orang kena Covid19 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.