Bomba berjaya padamkan kebakaran hutan 18 ekar Bukit Tanjung Bungah
Pulau Pinang 4/2/2021 22 JamdilAkhir 1442 .

Seramai 50 anggota bomba mengambil masa lebih enam jam untuk memadamkan kebakaran di atas Bukit Tanjung Bungah di sini sejak petang tadi.
Operasi memadamkan kebakaran yang berkeluasan kira-kira 18 ekar itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dengan bantuan pasukan bomba sukarela.
Ketua Balai Bomba Bagan Jermal, Mohd. Rizuan Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.44 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, bomba tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian dan kerja-kerja memadamkan api dilakukan menggunakan peralatan khas di kawasan satu dan dua dengan keluasan kebakaran adalah kira-kira 18 ekar.
“Anggota berdepan kekangan berikutan bentuk muka bumi yang berbukit. Operasi diteruskan sehingga malam ini.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba Pulau Pinang,”katanya di sini sebentar tadi – K! ONLINE
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba berjaya padamkan kebakaran hutan 18 ekar Tanjung Bungah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.