Isteri Maut ditampar, ditumbuk suami

Isteri Maut ditampar, ditumbuk suami

 

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

10 Februari 2021, 6:01 pm

 

PETALING JAYA – Gara-gara cemburu, seorang wanita warga asing maut selepas ditumbuk dan ditampar berkali-kali oleh suaminya di rumah sewanya di Flat Pelangi Damansara, di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian berlaku apabila mangsa terlihat suaminya bersama wanita lain yang juga madunya melalui video di aplikasi TikTok sehingga berlaku pergaduhan antara kedua-duanya kira-kira pukul 10 malam.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima penggilan kira-kira pukul 7.30 pagi daripada orang awam memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah berkenaan.

See also  Video@Samseng sasar gangguan seksual keatas wanita akhirnya terima padah.

 

“Polis yang bergegas ke lokasi mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian badan mangsa dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

 

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Jelasnya, bertindak atas maklumat, polis berjaya memberkas suspek yang juga suami mangsa di kawasan stadium Kuala Lumpur pada hari yang sama kira-kira pukul 3.10 petang.

See also  Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah di kepala

 

“Hasil soal siasat ke atas suspek yang berusia 29 tahun itu, dia mengaku telah bergaduh dengan mangsa selepas mangsa ternampak dia bersama wanita lain (isteri kedua) menerusi video di aplikasi TikTok.

 

“Dalam pergaduhan itu, suspek turut mengaku telah menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga tidak bergerak sebelum meninggalkan isterinya itu sendirian dan menuju ke Klang,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, ujarnya, polis turut memberkas seorang lagi wanita berusia 45 tahun di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang tiga jam kemudiannya bagi membantu siasatan.

See also  Suami belasah isteri mengandung hingga koma dicekup selepas 38 hari

 

“Wanita tersebut mengaku dia merupakan isteri kedua suspek dan telah berkahwin pada November tahun lalu,” ujarnya.

 

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-K!ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Isteri Maut ditampar, ditumbuk suami " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145887
Users Today : 2336
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21193
Users Last 30 days : 77285
Users This Month : 39612
Users This Year : 145886
Total Users : 145887
Views Today : 3213
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32270
Views Last 30 days : 118486
Views This Month : 60400
Views This Year : 222790
Total views : 222791
Who's Online : 43
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares