Kanak-kanak 4 tahun mati didera teman lelaki ibu

Kanak-kanak 4 tahun mati didera teman lelaki ibu

 

By Manzaidi Mohd Amin

19 February 2021

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Eco Majestic, Semenyih dekat Kajang, semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Mangsa berusia empat tahun dibawa ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

 

Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kemaluan selain terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

 

See also  Video✓✓PDRM kesan kanak-kanak perempuan mangsa dera

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, seorang petugas di Jabatan Kecemasan Hospital Kajang telah membuat laporan kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam berhubung kematian kanak-kanak itu.

 

“Pengadu memaklumkan mangsa telah dihantar oleh ibunya ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedar diri.

 

“Pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

 

“Siasatan awal polis, kejadian dera ke atas si mati disyaki berlaku di Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih di mana si mati dipercayai telah dipukul oleh teman lelaki ibu mangsa sehingga tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Petani miliki senapang jenis AK47 ditahan

 

Berikutan itu, kata Mohd Zaid, polis menangkap ibu mangsa yang berumur 31 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai teman lelakinya.

 

Kata beliau, ibu mangsa tidak bekerja manakala lelaki terbabit bekerja sebagai penarik kereta.

 

Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan telah dilakukan dan dibenarkan oleh Mahkamah Kajang selama enam hari untuk membantu siasatan sehingga Rabu ini.

 

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

See also  Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

 

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohd Faizal Amir di talian 011-3331 9871. – MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak 4 tahun mati didera teman lelaki ibu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133174
Users Today : 1569
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20486
Users Last 30 days : 69189
Users This Month : 26899
Users This Year : 133173
Total Users : 133174
Views Today : 2505
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31848
Views Last 30 days : 108190
Views This Month : 41824
Views This Year : 204214
Total views : 204215
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares