TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR – ZALEHA HAMID KINI BERANSUR PULIH

TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR – ZALEHA HAMID KINI BERANSUR PULIH

February 20, 2021

 

 

 

“Alhamdulillah, sejak lebih sebulan lalu, isteri saya sudah boleh bercakap dan ingatan bertambah baik. Sebelum ini, isteri tidak sedar apa yang terjadi dengan dirinya. Kadang kala dia menangis tapi sekarang, emosinya bertambah baik.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

“Apabila saya putarkan lagu dan bertanya siapa penyanyi lagu terbabit, dia boleh menjawab dengan betul. Maknanya, ingatan sudah kembali seperti biasa. Cuma kadang-kadang dia tidak fokus, namun, semuanya baik,” tutur suami kepada penyanyi veteran, Zaleha Hamid, 65, iaitu Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 56, mengenai keadaan isterinya.

 

Suami Zaleha, memberitahu isterinya yang terlantar akibat serangan angin ahmar sejak lebih setahun lalu, kini beransur pulih. dan sudah boleh bertutur dan daya ingatan makin baik.

See also  Bayi masih bertali pusat ditemukan di luar pagar rumah

 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu genre dangdut, Hindustan dan Melayu Deli itu diserang angin ahmar selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember 2019.

 

 

Tahun lalu, Zaleha dilaporkan terlantar di katil dan hanya mampu mengerdipkan mata sebagai tanda isyarat. Ungku Sulaiman berterima kasih kepada pengendali perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah, JB Care Centre yang menjaga isterinya selama beberapa bulan.

 

“Alhamdulillah di bawah penjagaan mereka, saya nampak perubahan positif isteri saya. Atas nasihat mereka, isteri saya tidak lagi makan menerusi tiub. Itu yang menyebabkan dia tampak kembali berisi.

See also  Wanita meninggal dunia depan klinik positif COVID-19

 

“Pipi pun kelihatan makin naik. Jika tidak, sebelum ini, isteri tiada selera makan mungkin kerana tiub berkenaan. Jika mengikut doktor, dia tidak benarkan kami membuka tiub. Namun, melihat badan isteri makin susut, kami tanggalkan tiub berkenaan. Sekarang, saya yang menyuap isteri makan,” jelasnya.

 

Ketika ini, tugas menjaga Zaleha digalasnya bersama anak bongsu selepas JB Care Centre tidak lagi menawarkan perkhidmatan itu, mulai bulan ini.

 

 

Sementara itu, Ungku Sulaiman memberitahu mereka bakal berpindah ke kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Uda Utama, Johor Bahru, akhir bulan ini.

See also  Bagaimana merawat gout secara sains dari pengalaman pesakit 

 

“Alhamdulillah selepas tiga kali memohon sejak 2012, akhirnya kami mendapat unit PPR. Ringanlah tanggungan saya jika hendak dibandingkan dengan sewa rumah RM700 sekarang,” ujarnya yang berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan demi menjaga isterinya.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR – ZALEHA HAMID KINI BERANSUR PULIH " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148528
Users Today : 135
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23834
Users Last 30 days : 79926
Users This Month : 42253
Users This Year : 148527
Total Users : 148528
Views Today : 173
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36459
Views Last 30 days : 122675
Views This Month : 64589
Views This Year : 226979
Total views : 226980
Who's Online : 16
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares