KKM nafi Hospital Serdang utamakan influencer untuk pemberian vaksin Covid-19

Kenyataan Akhbar KPK 25 Februari 2021 – Berita Palsu Mengenai Hospital Serdang Mengutamakan “Influencer” Untuk Pemberian Vaksin COVID-19

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan media atas talian Malaysiakini bertarikh 25 Februari 2021 yang membawa tajuk “Hasrat beri Vaksin pada ‘influencer’, pengurusan kanan hospital terlebih dahulu dipersoal”. Kementerian ingin menafikan berita ini dan ianya adalah palsu dan tidak benar.

See also  Covid-19: Hanya 4 kematian individu lengkap vaksin

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak Hospital bercadang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain anggota barisan hadapan (frontliners) yang lain. Ketua jabatan klinikal merupakan pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko COVID-19 dan kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugasan. KKM ingin menegaskan bahawa pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Isu ‘memotong barisan’ (cutting queue) bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan ianya akan disiasat untuk tindakan.

See also  Viral cuaca sejuk Alpheon adalah palsu

 

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/02/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-februari-2021-berita-palsu-mengenai-hospital-serdang-mengutamakan-influencer-untuk-pemberian-vaksin-covid-19/

 

▶️FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " KKM nafi Hospital Serdang utamakan influencer untuk pemberian vaksin Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  PKRC CAC di Lembah Klang lengang

Our Visitor

376198
Users Today : 1732
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16298
Users Last 30 days : 61687
Users This Month : 3202
Users This Year : 376197
Total Users : 376198
Views Today : 2569
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24570
Views Last 30 days : 95199
Views This Month : 4846
Views This Year : 579540
Total views : 579541
Who's Online : 19
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares