Warga Emas Sanggup Redah 7km Tanpa Lesen Bawa Suami Buta Untuk Rawatan

Warga Emas Sanggup Redah 7km Tanpa Lesen Bawa Suami Buta Untuk Rawatan

 

 

BATU PAHAT, 28 Feb (Bernama) — Demi suami tercinta, seorang warga emas sanggup meredah perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer dengan membawa suaminya yang buta setiap bulan ke klinik dengan motosikal, walaupun tidak mempunyai lesen.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Fauziah Ali, 64, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana hanya itu sahaja caranya untuk membawa suaminya, Mahat Juraimi, 66, mendapatkan rawatan bulanan serta ubat.

 

Dia yang telah hilang pendapatan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 tahun lepas, mengakui terpaksa berjimat dalam semua perkara termasuklah soal makanan.

 

“Sebelum penularan COVID-19, saya ada melakukan beberapa kerja untuk perbelanjaan kami, termasuklah menjaga anak jiran, membersihkan rumah jiran dan bekerja di warung berhampiran, tetapi ketika ini semuanya tidak dapat dilakukan.

See also  Kenapa NgoBUAT DUIT DENGAN NGO UNTUK KAU JADI KAYA!

 

“Memang saya pernah terfikir risiko menunggang motosikal tanpa lesen, namun setiap kali membawa suami ke klinik kami hanya mampu berdoa agar selamat pergi dan pulang,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Bukit Perdana, di sini, hari ini.

 

Menurut Fauziah lagi, sekiranya dia mengambil teksi atau grab, kos pengangkutan awam yang terpaksa dikeluarkan adalah antara RM10 hingga RM15 untuk sehala, manakala dengan menunggang motosikal minyak yang diperlukan sekitar RM3 sahaja (pergi balik).

See also  Uncle Kentang bangga anak angkat panggil ‘ayah’

 

Katanya, keadaan suaminya yang menghidap penyakit diabetis kronik itu, tidak boleh ditinggalkan dan telah menyebabkan dia tidak boleh bekerja selain perlu menjaga kakaknya, Kamariah Ali, 66.

 

“Hampir setahun kami tiada pendapatan tetap dan mengharapkan ihsan daripada kenalan untuk meneruskan hidup. Anak kami pula pendapatannya tidak seberapa dan hanya mula bekerja di Johor Bahru pada bulan lepas,” katanya.

 

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Dewan Undangan Negeri Penggaram Mohd Hamidi Mad Tap berkata, pihaknya akan merujuk masalah pasangan warga emas itu kepada agensi kebajikan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), untuk mendapatkan bantuan yang sesuai.

See also  Sengsara 10 beranak hidup daif, catu makanan

 

Dalam pada itu, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka boleh berhubung dengan Fauziah sendiri di talian 012-726 8110 atau Mohd Hamidi, 019-708 6716.

 

Sumber: BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga Emas Sanggup Redah 7km Tanpa Lesen Bawa Suami Buta Untuk Rawatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156154
Users Today : 944
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24549
Users Last 30 days : 79978
Users This Month : 49879
Users This Year : 156153
Total Users : 156154
Views Today : 1714
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37226
Views Last 30 days : 123268
Views This Month : 76545
Views This Year : 238935
Total views : 238936
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares